Clean residential neighborhood street in Ferra Lumira with green trees, neat modern houses under warm daylight
Clean residential neighborhood street in Ferra Lumira with green trees, neat modern houses under warm daylight
Inisiatif Komuniti

Kesejahteraan dan Kebersihan

Persatuan menitikberat dan memantau pengurusan sisa sampah pepejal dan menjaga kebersihan persekitaran perumahan demi keselesaan serta kesihatan warga taman.

Clean communal recycling area in a modern residential housing estate, neatly organized containers surrounded by greenery
Clean communal recycling area in a modern residential housing estate, neatly organized containers surrounded by greenery
Masalah Semasa

Isu Utama Pengurusan Sampah

Isu 01

Ketiadaan Tong Sampah HDPE dan Komunal (HDPE / Bin Center)

Ketiadaan kemudahan tong sampah HDPE (High-Density Polyethylene) di setiap unit rumah dan komunal di lokasi-lokasi strategik menyebabkan penduduk terpaksa meletakkan beg sampah di atas lantai atau di kawasan terbuka. Keadaan ini mencemarkan pemandangan landskap taman, menarik kehadiran haiwan liar (anjing, kucing, dan tikus), serta menjadi tempat pembiakan lalat.

Isu 02

Jadual Kutipan Sampah Tidak Kompeten & Tidak Konsisten

Pihak pemaju dan kontraktor gagal menyediakan jadual kutipan sampah yang dijanjikan. Kelewatan menyediakan kemudahan pengutipan sampah yang tidak kompeten dan konsisten menyebabkan sampah berada di luar rumah sehingga ada yang berteraburan di atas jalan.

Tindakan Kami

Langkah Penyelesaian Komuniti

01
02
03

Eskalasi Notis Pihak Berkuasa

Cadangan Tong Roro Strategik

Pemantauan Jadual & Gotong-Royong

Mengemukakan laporan rasmi serta dokumentasi kelewatan kontraktor secara berterusan kepada majlis perbandaran bagi tindakan penguatkuasaan.

Memohon penyediaan tong sampah komunal berskala besar di titik pengumpulan strategik bagi mengelakkan longgokan sisa di atas tanah.

Memantau pematuhan jadual mingguan secara harian dan menganjurkan program pembersihan persekitaran taman bersama penduduk.

Sampaikan Maklum Balas Kebersihan

Bantu Persatuan Penduduk Ferra & Lumira merekodkan kelewatan kutipan atau tempat tumpuan sampah dengan mengemukakan maklumat terperinci.