Perkara berkaitan keahlian digariskan secara rasmi di bawah Perlembagaan Persatuan dan tertakluk kepada Akta Pertubuhan 1966 yang dikendalikan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Kategori Keahlian
Prosedur Kemasukan Ahli
Keahlian persatuan terbuka kepada pemilik hartanah dan penyewa kediaman di kawasan Ferra dan Lumira. Setiap kategori ahli mempunyai hak dan tanggungjawab yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persatuan.
Proses penyertaan sebagai ahli persatuan melibatkan penyerahan borang permohonan, pengesahan dokumen kediaman, serta pembayaran yuran keahlian tahunan mengikut kadar yang ditetapkan.
Ahli Biasa
Ahli Bersekutu / Berdaftar
Pemilik Rumah : Individu yang memegang hak milik sah (grant / sales and purchase agreement) bagi unit kediaman di taman tersebut.
Had Umur : Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Penyewa Rumah : Individu yang menyewa atau mendiami rumah di taman tersebut secara sah. Biasanya, perlembagaan persatuan membenarkan penyewa menjadi ahli (bersekutu) kerana mereka juga terkesan dengan pengurusan harian taman.
Pemastautin : Individu bukan warganegara Malaysia dan merupakan pemilik atau penyewa rumah di dalam taman tersebut.
Bukan Menetap : individu yang tidak menetap atau tidak memiliki rumah kediaman di dalam sempadan geografi taman perumahan Presint 8 Eka Heights, tetapi dibenarkan menyertai persatuan atas sebab-sebab khusus.
Penyerahan Borang Rasmi
Pemohon (pemilik rumah, penyewa sah atau calon ahli bersekutu) WAJIB mengisi Borang Pendaftaran Keahlian yang disediakan oleh persatuan.
Persetujuan
Pemohon juga perlu menandatangani Persetujuan menjadi ahli persatuan dan memahami isi kandungan Terma dan Syarat sebagai ahli persatuan serta mematuhi "House of Rules" untuk dalam taman perumahan Presint 8 Eka Heights Sendayan.
Pembayaran Yuran Pendaftaran & Yuran Bulanan
Setelah permohonan diluluskan, Setiausaha akan mengeluarkan Surat/Notis Makluman Kelulusan kepada pemohon.
Pemohon diwajibkan melunaskan Yuran Pendaftaran Masuk (sekali seumur hidup) dan Yuran Tahunan/Bulanan yang pertama kepada Bendahari dalam tempoh yang ditetapkan (biasanya 14 hingga 30 hari).
Sumbangan yuran bulanan diuruskan secara telus oleh bendahari persatuan bagi membiayai operasi kritikal kawasan berpagar dan kawalan akses kediaman.
Kawalan Keselamatan 24 Jam
Landskap & Kebersihan
Tabung Kebajikan Bersama
Membiayai perkhidmatan syarikat pengawal berlesen, rondaan berkala mengikut jadual, dan penyelenggaraan sistem palang automatik RFID di pos pengawal utama.
Menampung kerja pemotongan rumput berkala di taman rekreasi, pembersihan longkang utama, dan pemeliharaan landskap hijau di sepanjang rizab jalan bersama.
Menyediakan dana kecemasan untuk kerosakan fasiliti awam, program silaturahim tahunan, serta bantuan kilat bagi kebajikan keluarga penduduk yang memerlukan.
Setiap kategori keahlian membawa set hak dan tanggungjawab yang berbeza, digariskan bagi memastikan pengurusan komuniti Ferra & Lumira berjalan secara adil, telus, dan teratur.
Ahli Penuh
Ahli Bersekutu
Bukan Ahli
Hak Mengundi & Tadbir Urus
Mempunyai hak penuh untuk hadir, bersuara, mengundi usul, dan bertanding jawatan AJK dalam Mesyuarat Agung (AGM/EGM).
Akses Laluan Keselamatan (G&G)
Diberikan kemudahan akses automatik seperti kad RFID, imbasan nombor plat (LPR), atau pelekat kenderaan untuk laluan terus di palang keselamatan (boom gate).
Sekatan Akses Rumah
Tiada sekatan.
Komitmen Kewangan
Wajib membayar Yuran Keahlian Asas dan Yuran Keselamatan bulanan/tahunan yang dipersetujui dalam AGM.
Manfaat & Kebajikan Komuniti
Layak menerima faedah tabung khairat kematian, sumbangan kecemasan, aduan pasca-bencana, serta penyertaan acara komuniti secara percuma/subsidi.
Hak Mengundi & Tadbir Urus
Tiada hak untuk menghadiri mesyuarat persatuan, mengundi, atau menentukan hala tuju pengurusan taman.
Akses Laluan Keselamatan (G&G)
Wajib menggunakan laluan pelawat manual sekiranya tiada kad akses, mereka perlu berhenti untuk mendaftar masuk dalam log buku atau guna QR pelawat sebelum palang dibuka secara manual oleh pengawal.
Sekatan Akses Rumah
Dilarang keras untuk disekat. Mengikut undang-undang Malaysia, pengawal atau persatuan tidak boleh sama sekali menghalang mereka daripada pulang ke rumah sendiri atau menahan kad pengenalan (IC) mereka.
Komitmen Kewangan
Tidak mempunyai sebarang komitmen kewangan terhadap persatuan.
Manfaat & Kebajikan Komuniti
Tidak layak menerima bantuan kebajikan daripada dana persatuan dan mungkin dikenakan caj penyertaan bagi program tertentu.
"House of Rules"
WAJIB untuk mematuhi peraturan - peraturan kecil di dalam taman yang telah ditetapkan oleh persatuan tanpa PENGECUALIAN.
"House of Rules"
WAJIB untuk mematuhi peraturan - peraturan kecil di dalam taman yang telah ditetapkan oleh persatuan tanpa PENGECUALIAN.
Hak Mengundi & Tadbir Urus
Mempunyai hak penuh untuk hadir, bersuara, di dalam Mesyuarat Agung (AGM/EGM).
Tidak mempunyai hak untuk mengundi usul, dan bertanding jawatan AJK dalam Mesyuarat Agung (AGM/EGM).
Akses Laluan Keselamatan (G&G)
Layak menerima kemudahan laluan pantas automatik (seperti kad RFID, pelekat kenderaan, atau sistem imbasan) di palang keselamatan perumahan mengikut kuota yang ditetapkan.
Sekatan Akses Rumah
Tiada sekatan.
Komitmen Kewangan
Wajib membayar Yuran Keahlian Asas dan Yuran Keselamatan bulanan/tahunan yang dipersetujui dalam AGM.
Manfaat & Kebajikan Komuniti
Layak menerima faedah tabung khairat kematian, sumbangan kecemasan, aduan pasca-bencana, serta penyertaan acara komuniti secara percuma/subsidi.
"House of Rules"
WAJIB untuk mematuhi peraturan - peraturan kecil di dalam taman yang telah ditetapkan oleh persatuan tanpa PENGECUALIAN.
Untuk maklumat lanjut mengenai hak dan tanggungjawab setiap kategori, sila hubungi jawatankuasa persatuan atau rujuk Perlembagaan Persatuan Residensi Presint 8 Eka Heights Sendayan.
Tindakan Tatatertib & Tunggakan
Kegagalan melunaskan yuran melebihi tiga bulan akan disusuli peringatan mesra bertulis, penggantungan pas laluan automatik, dan semakan lanjut bersama pihak jawatankuasa tatatertib.


