Program Kebun Komuniti — Sertai Kami!

100%

Percuma untuk penduduk

Terbuka

Ferra & Lumira, Eka Heights

Jadilah sebahagian daripada inisiatif hijau Ferra & Lumira. Bersama-sama kita suburkan tanaman, perkuatkan kejiranan, dan nikmati hasil tuaian segar di Eka Heights, Presint 8.

— Garis Panduan Program

Cara Menyertai Kebun Komuniti

Setiap sukarelawan dan ahli yang menyertai Program Kebun Komuniti Eka Heights dikehendaki mematuhi garis panduan berikut bagi memastikan kebun berfungsi dengan teratur, selamat, dan memberi manfaat kepada semua penduduk.

Pendaftaran & Kelayakan

Jadual & Tanggungjawab

Peraturan & Tingkah Laku

  • Penduduk Sah: Terbuka eksklusif kepada semua pemilik rumah yang menetap secara sah di Presint 8, Eka Heights.

  • Komitmen Kumpulan: Setiap plot seluas 24 meter persegi (mengandungi 4 petak bersaiz 6m² bagi setiap keluarga) hendaklah diuruskan oleh ahli keluarga yang telah berdaftar secara rasmi.

  • Yuran Keahlian: Membayar yuran komitmen bulanan/tahunan (jika ada) bagi tujuan dana penyelenggaraan utiliti air, pembelian tanah campuran, baja organik berskala besar, dan alatan perkongsian kebun

Dengan menyertai program ini, anda bersetuju mematuhi semua garis panduan dan keputusan Jawatankuasa Penyelaras Kebun Komuniti Eka Heights. Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelaras Kebun .

  • Tanggungjawab Pembersihan: Setiap keluarga bertanggungjawab sepenuhnya menjaga kebersihan petak (bingkai batas kayu) masing-masing termasuk merumpai, menggembur tanah, dan mengawal serangga perosak secara berkala.

  • Larangan Rumput Liar: Kawasan sekitar batas dan lorong jalan kerikil setebal 1.5 meter yang bersempadan dengan petak sendiri mestilah sentiasa dipastikan bersih daripada lalang atau sisa tanaman yang terbiar.

  • Larangan Bahan Kimia Berbahaya: Penggunaan racun serangga kimia atau baja kimia berasaskan toksik tinggi adalah DILARANG SAMA SEKALI. Kebun komuniti ini diwajibkan menggunakan kaedah pertanian organik atau mesra alam demi menjaga keselamatan hasil makanan kejiranan.

  • Menghormati Sempadan: Ahli dilarang sama sekali menyentuh, merosakkan, atau menuai hasil tanaman dari petak keluarga lain tanpa kebenaran bertulis atau lisan daripada pemilik petak tersebut.

  • Tuaian Adil: Hasil tanaman daripada kawasan 'Zon Kongsi Bersama' (seperti batas herba atau pokok buah komuniti) perlulah dibahagikan secara adil mengikut sistem yang diaturkan oleh kelab.

  • Keharmonian Masa Bekerja: Waktu operasi aktiviti fizikal di kebun dihadkan bermula jam 7:00 pagi sehingga 7:00 malam sahaja bagi mengelakkan sebarang gangguan ketenteraman atau bunyi bising kepada rumah berhampiran.

— Sukarelawan Kebun Komuniti

Daftar Sebagai Sukarelawan

Sertai program kebun komuniti Ferra & Lumira di Eka Heights secara percuma. Sukarelawan akan diperuntukkan plot tanaman dan jadual penjagaan bersama penduduk lain.

Pendaftaran terbuka kepada semua penduduk Ferra & Lumira, Eka Heights. Maklumat anda digunakan hanya untuk penyelarasan program kebun komuniti.