

Aktiviti & Galeri
Program Kejiranan Ferra & Lumira


Inisiatif santai komuniti SCK 1.0 menghimpunkan penduduk Ferra dan Lumira di Mageka Park, Eka Heights untuk aktiviti jualan but kereta, riadah sekeluarga, serta menyemai semangat kejiranan yang harmoni di kawasan sekitar umumnya.
Carboot Sales Kejiranan
Lokasi Mageka Park
Santai Kelah
Peluang istimewa kepada komuniti Presint 8 Eka Heights itu sendiri memgunakan peluang untuk berniaga dan promosi produk dan perkhidmatan yang dibuat selain menjemput vendor - vendor luar bersama memeriahkan suasana program ini dengan pelbagai pilihan boleh dibeli.
Taman rekreasi hijau Eka Heights yang lapang dan mesra keluarga menyediakan laluan pejalan kaki selesa serta ruang selamat untuk anak-anak bermain sepanjang hari di samping keindahan tasik membuatkan taman ini sesuai untuk riadah keluarga.
Mempromosikan aktiviti berkelah santai di taman tasik Mageka Park Eka Heights sambil bersuai kenal di antara komuniti Presint 8 Eka Heights dengan penduduk di dalam Eka Heights sendiri atau dengan mereka yang datang dari luar Eka Heights yang bersama - sama memeriahkan program "Santai Ceria Komuniti".
— Informasi Penajaan
Merancakkan Program Komuniti
Jawatankuasa Persatuan Residensi Presint 8 Eka Heights Sendayan (PRP8EH) mengalu - alukan sebarang penajaan atau kerjasama di antara Agensi Kerajaan, Syarikat Korporat, NGO mahupun Institusi Pendidikan Tinggi bersama - sama merancakkan lagi program komuniti yang dianjurkan oleh komuniti Presint 8 Eka Heights Sendayan.







Dengan keluasan taman seluas 15.5 ekar dibahagikan kepada beberapa zon rekreasi serta merangkumi tasik seluas 8 ekar. Kenapa taman ini dijadikan pilihan program Santai Ceria Komuniti & Carboot Sales adalah :


Tarikan dan Arca Taman dihiasi dengan rumah pokok, buaian gergasi, plaza matahari serta iconik arca arnab, LOVE dan not muzikal yang sesuai tempat untuk mengambil gambar.
Taman Permainan Kanak-Kanak dengan pelbagai permainan serta gelongsor bersangkar.
Ruang Sosial dan Santai seperti tempat senamrobik, zumba, kawasan berkelah, jambatan kayu serta pondok gazebo.
Trek Riadah dan Kecergasan seperti laluan trek jogging, refleksiologi dan peralatan gimnasium.
Gelanggang Sukan seperti gelanggang bola keranjang, badminton, futsal dan sepak takraw juga ada disediakan di kawasan taman ini.




Ada Cadangan Aktiviti Baharu?
Persatuan sentiasa mengalu-alukan idea program serta sumbangan tenaga sukarelawan penduduk untuk memeriahkan lagi takwim komuniti kita.
